top of page

KESIMPULAN

Kami telah mencapai tujuan program dalam kempen ini. Melalui kempen kepimpinan ini, pelajar-pelajar daripada SMK Puchong Jaya (B) akan memahami kepentingan perpaduan antara berbilang bangsa ,ini akan memudahkan mereka untuk bekerjasama dengan kaum lain pada masa depan mereka. Pelajar-pelajar mendapat peluang untuk berinteraksi dan berhubung dengan berbilang bangsa semasa aktiviti dijalankan. Perpaduan antara kaum memainkan peranan yang sangat penting kerana perpaduan antara kaum akan memudahkan kita untuk mencapai matlamat dan menyiapkan kerja . Pelajar-pelajar juga boleh memahami kepentingan keharmonian antara kaum yang berbilang bangsa. Nilai perpaduan perlulah dipupuk dalam kalangan pelajar kerana pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara. Pelajar-pelajar merupakan calon golongan etnik yang bakal menjadi pewaris kepada peneraju negara pada masa yang akan datang.

 

Kesimpulannya, semua orang perlu mengamalkan perpaduan kaum dalam kalangan masyarakat di negara ini kerana amalan tersebut amat penting dalam negara kita . Rakyat Malaysia amat diseru agar mempertahankan maruah bangsa hingga ke titisan darah yang terakhir dan memakmurkan bumi Malaysia melalui perpaduan. Ingatlah, Keranamu Malaysia, dimana bumi dipijak, di situ langit dijunjung. Oleh itu, semua pihak perlu bertanggungjawab bekerjasama bagi memurnikan dan mengekalkan perpaduan antara kaum.

bottom of page