top of page

PENGHARGAAN

Encik Serit Banyan

Alhamdulillah hirrabbil’alamin, kami merafakkan sepenuh kesyukuran kehadratilahi dengan limpah dan kurnianya, dapat kami menyelesaikan tugasan kerja khusus ini dengan penuh jayanya. Kami menjulang sepenuh penghargaan kepada Encik Serit, Pensyarah Mata-pelajaran Hubungan Etnik, di atas kesudian beliau memberi tugasan ini kepada kami. Beliau juga banyak membantu kami sepanjang proses pembentukan tugasan ini berlaku. Kami juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan yang banyak membantu kami secara langsung atau tidak langsung sepanjang proses merealisasikan tugasan ini berjalan. Buat bonda dan ayahda, terima kasih kerana banyak memberi sokongan dan bantuan dari segi kewangan dan emosi. Akhir kalam, saya dahulukan dengan ucapan Jazakumullahu khairan kathira.

bottom of page