top of page

PENGENALAN

Umum mengetahui bahawa Malaysia merupakan sebuah negara yang terdiri daripada rakyat yang berbilang kaum. Kepelbagaian kaum seperti kaum Melayu, Cina dan India yang hidup bagai aur dengan tebing menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang unik di rantau ini. Perpaduan antara kaum memainkan peranan yang sangat penting dalam memacu kestabilan dan kemajuan negara. Oleh hal yang demikian, setiap rakyat Malaysia hendaklah sedar akan kepentingan perpaduan kaum. Nilai perpaduan dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum haruslah dipertahankan agar keharmonian kaum dapat dikekalkan. Oleh itu, semangat perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia perlulah dipupuk bermula dari akar ubinya, termasuklah pelajar-pelajar yang merupakan calon golongan etnik yang bakal menjadi pewaris kepada peneraju negara pada masa akan datang. Kami telah membincang dan membuat keputusan untuk mengadakan kempen kepimpinan yang akan memanfaatkan para pelajar.

PENYATAAN MASALAH

Tujuan utama kami mengadakan program ini adalah berdasarkan beberapa pernyataan masalah yang timbul seperti yang berikut:

1. Kepentingan perpaduan untuk mengekalkan keharmonian antara kaum yang berbilang bangsa.

2. Tahap kesedaran yang dimiliki oleh kalangan pelajar tentang kepentingan perpaduan.

3. Tahap kesedaran yang jurang terhadap pelbagai kebudayaan unik antara kaum demi membentuk masyarakat yang majmuk.

4. Kurang berinteraksi dengan berlainan bangsa menyebabkan perpisahan dan pepecahan antara kaum.

TARIKH & TEMPAT

Tarikh cadangan : 19 JUN 2019 (Wednesday)

Tempat : SMK Bandar Puchong Jaya (B) (sekolah yang dipilih)

Masa : 8.00 pagi - 2.00 petang

Pakaian : Pakaian sukan, seluar panjang, kasut sukan/ putih

OBJEKTIF PENGANJURAN PROGRAM

Memupuk sifat kepimpinan

Kempen kepimpinan ini diadakan untuk menanam dan memupuk sifat kepimpinan bagi dicontohi, dihayati dan diamalkan oleh segenap lapisan masyarakat. Kualiti kepimpinan yang perlu diamalkan adalah kepercayaan dan keyakinan diri. Dengan aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan, pelajar-pelajar akan bermula dengan mempercayai pada diri sendiri dan keupayaan diri untuk mencapai kejayaan. Selain itu, pelajar juga diberikan peluang untuk mempelajari tentang kaedah mengawal fikiran, nafsu dan perkara-perkara lain supaya masalah konflik dan konfrontasi yang sering menimbul dalam setiap kumpulan dapat dielakkan dan dijauhkan.
 

Memahami kepentingan perpaduan

Kempen kepimpinan ini juga memberi peluang kepada pelajar sekalian untuk lebih memahami kepentingan perpaduan untuk mengekalkan keharmonian dan kesejahteraan antara pelajar yang berbilang kaum. Dalam negara Malaysia yang mempunyai pelbagai kaum, perpaduan merupakan nilai yang tidak boleh dicuaikan. Dengan melalui kempen kepimpinan ini, pelajar yang berbilang kaum dapat mengongsikan pendapat-pendapat pelajar dengan satu sama lain. Pelajar juga dapat mengetahui dan menguasai pelbagai etnik daripada budaya lain. Semasa aktiviti permainan sedang dijalankan, nilai moral perpaduan dapat diamalkan dalam kalangan pelajar disebabkan pelajar akan berusaha untuk mencapai kemenangan dalam pertandingan permainan.

 

Memupuk persefahaman dan toleransi

Kempen kepimpinan ini dapat mengamalkan serta menunjukkan semangat bersatu padu dan sikap toleransi dalam kalangan pelajar sekalian. Dengan pencapaian persefahaman dalam kalangan pelajar, kesan-kesan negatif yang akan menjejaskan perpaduan seperti pergaduhan dan pertumpahan darah dapat dielakkan secara langsung. Dengan ini, aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan dapat dijalankan dengan lancar tanpa berlakunya masalah. Kesannya, persefahaman antara kaum mampu menjadikan negara Malaysia menuju ke arah keamanan serta kemakmuran. Oleh itu, nama baik Malaysia dapat ditingkatkan dan menjadi sebuah negara yang boleh dicontohi oleh negara lain.

 

Harmoni dan saling menghormati

Kempen kepimpinan ini dapat menanamkan sikap saling menghormati terhadap semua pelajar. Semasa proses aktiviti sedang dijalankan, pelajar dapat memahami bahawa kepentingan sikap hormat-menghormati dan perpaduan dalam sesebuah kumpulan. Dengan mengamalkan nilai tersebut, perbalahan dan huru-hara dapat dielakkan, bak kata pepatah nasi telah menjadi bubur maka sehingga menjadi ancaman kepada keamanan serta keharmonian sesebuah masyarakat dan negara.

Ahli Jawatankuasa

WhatsApp Image 2018-09-02 at 21.10.36.jp

LEW KOK SUN

Ketua Kumpulan

CAROL.jpg

OOI ZHI HONG

Ketua Kumpulan

kf.jpg

TAN KAR FONG

Ketua Kumpulan

pp (1).jpg

YONG CHING YUNG

Ketua Kumpulan

sean.jpg

NG CHEE SWEAN

Ketua Kumpulan

65255381_450833259083809_664272101699485

LOW YING THONG

Ketua Kumpulan

hc.png

LEE HUE CHI

Ketua Stesen Permainan

WhatsApp Image 2019-07-08 at 2.53.51 PM.

RYAN LAI

Ketua Stesen Permainan

65319392_1122371457964791_87178836992673

LIM WENDY

Ketua Stesen Permainan

pasted image 0.png

CHAN JOO YUEN

Ketua Stesen Permainan

f93091df-ce48-429b-87eb-ae9568a125e5.jpg

PHOEBE LEONG

Ketua Stesen Permainan

wj.jpg

SIM WEN JIN

Ketua Stesen Permainan

WhatsApp Image 2019-06-27 at 10.17.13 AM

GAN ZHI YIE

Ketua Stesen Permainan

el.png

GOH WAN HENG

Jurugambar, Video editor

51715807_1388276714648446_89075534751481

YEO SHI JIE

Jurugambar, Video editor

bottom of page