top of page

REFLEKTIF

     Sepanjang menyiapkan tugasan Hubungan Etnik ini, saya telah banyak menerima pengalaman baru. Banyak yang saya telah ketahui mengenai Hubungan Etnik di Malaysia dan betapa pentingnya masyarakat negara menjaga dan menyuburkan keharmonian rakyat Malaysia. Saya berasa amat bersyukur kerana diberikan peluang untuk melibatkan diri dalam tugasan ini dan menyiapkannya dalam tempoh yang ditetapkan. Tidak boleh dinafikan pelbagai cabaran dan dugaan telah saya timpa sepanjang tugasan ini dilaksanakan. Namun, dengan kerjasama antara ahli-ahli kumpulan, berjayalah kami mencari jalan untuk menyiapkan tugasan ini.

 

     Tugasan ini menyedarkan saya betapa pentingnya kita mengenali dan memahami perbezaan budaya dan etnik kaum lain untuk memupuk perpaduan antara kaum. Malaysia merupakan sebuah negara berbilang kaum yang kaya dengan budaya dan adat resam yang tersensiri. Sebagai rakyat Malaysia, kita hendaklah bersatu padu untuk membina sebuah negara yang aman damai dan harmoni. Aspek perpaduan telah dianggap sebagai tulang belakang kepada kegemilangan Malaysia. Oleh hal demikian, rakyat Malaysia perlu sedar akan kepentingan perpaduan kaum kerana aspek tersebut memberi impak yang besar kepada seluruh rakyat Malaysia. 

 

            Menerusi tugasan ini, saya telah menimba pelbagai pengalaman iaitu mengenali budaya kaum lain. Kita harus saling menghormati antara satu sama lain tanpa mengira kedudukan, bangsa atau agama. Perpaduan merupakan perkara yang amat penting untuk mengekalkan keharmonian dan kadamaian di sesebuak negara. Semangat kekitaan amat penting dalam mengekalkan perpaduan dan mewujudkan semangat berjuang untuk negara. Kita tidak berhak mengutuk adat resam dan kepercayaan kaum lain.

 

Tambahan pula, menghasilkan tugasan ini secara tidak langsung telah menambahkan kefahaman saya mengenai konsep-konsep asas hubungan etnik di samping mengetahui usaha-usaha untuk mumupuk hubungan etnik di Malaysia. Dengan integrasi, rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai etnik dapat disatukan dan bertolak ansur untuk mengelakkan pertelingkahan dan perselisihan faham.

 

            Konklusinya, tugasan ini secara tidak langsung telah meningkatkan kemahiran dan pengetahuan saya mengenai hubungan etnik di Malaysia. Oleh sebab itu, saya sangat menghargai pengalaman sepanjang melaksanakan tugasan ini. Di samping itu, tanggungjawab menyemai benih perpaduan dalam diri setiap individu merupakan tugas rakyat Bersama-sama. Kita hendaklah berbangga menjadi seorang rakyat Malaysia dan menyanyangi negara kita serta berusaha untuk mengekalkan keamanan dan kesejahteraan negara.

Phoebe Leong Yi Ling

0330508

f93091df-ce48-429b-87eb-ae9568a125e5.jpg

        Saya ingin mengucap terima kasih kepada Encik Serit Bayan yang memberi peluang menyertai tugasan subjek ini. Sepanjang menyiapkan tugasan subjek ini saya telah banyak menerima pengalaman baru sama ada secara langsung atau tidak langsung. Tidak kurang juga cabaran dan dugaan yang saya terima sepanjang menyiapkan tugasan ini. Namun berbekalkan semangat kecekalan saya tempuhi segalanya dengan tenang dan sabar.

​

         Dalam tugasan ini, saya rasa sangat gembira apabila murid-murid mengambil bahagian dalam tugasan yang disertaikan. Selain itu, saya dapat belajar perpaduan antara mereka yang bersatu-padu melengkapkan tugasan tak kira apa-apa kaum yang ada dalam kumpulan.

​

       Secara keseluruhannya banyak yang saya telah ketahui mengenai Hubungan Etnik di Negara ini dan betapa pentingnya masyarakat di Negara ini menjaga dan menyuburkan keharmonian rakyat di Negara Malaysia kita. Oleh itu rakyat Malaysia mesti terus memupuk keharmonian kaum integrasi dan perpaduan kerana ianya adalah antara asas-asas penting untuk kejayaan negara.

Reflection Lim Wendy

0334556

​

65319392_1122371457964791_87178836992673

           Melalui Kempen Kepimpinan ini, saya dapat mempelajari kepentingan perpaduan dan nilai kerjasama antara satu sama lain. Sebagai ketua kumpulan, tanggungjawab saya adalah untuk mengetuai pelajar-pelajar dalam kumpulan dan melaksanakan aktiviti-aktiviti yang disediakan. Saya berasa amat gembira kerana mendapat peluang ini untuk mengetuai kumpulan yang hebat ini. Saya amat mengagumi semangat positif dan kerjasama anda semasa aktiviti dijalankan. Walaupun kumpulan kita tidak bermenang dalam pertandingan, tetapi kita telah dapat suatu yang lebih penting, iaitu nilai perpaduan dan bekerjasama melalui proses pertandingan ini.

​

              Melalui interaksi antara kita yang mengandungi berbilang kaum ini, hubungan kita dapat dieratkan dan kerharmonian antara pelbagai kaum dapat dibentukkan. Saya sangat bangga atas mempunyai kawan-kawan baru yang boleh berusaha bersama-sama untuk mencapai matlamat yang sama. Hubungan ahli kumpulan saya menjadi sangat erat dalam proses aktiviti-aktiviti ini.

​

        Setiap ahli kumpulan dapat belajar nilai-nilai dan bersemangat perpaduan melalui kempen ini. Saya juga berharap semua agar mengekalkan spirit dan semangat positif anda. Bak kata pepatah ‘ berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian; bersakit-sakit dulu, bersenang-senang kemudian. Apabila menghadapi cabaran, kita mestilah beryakin pada diri sendiri, gigih berusaha untuk mencapai kejayaan. Saya mempercayai bahawa setiap ahli kumpulan dalan kumpulan 6 akan  berjaya dalam masa depan yang cahaya ini.

Low Ying Thong

0334440

65255381_450833259083809_664272101699485

        Subjek Hubungan Etnik adalah tugasan yang amat mencabar kerana ini merupakan satu tugasan amat berbeza daripada yang pernah saya siapkan. Walau bagaimanapun, saya bersyukur kerana dapat siapkan tugasan ini dalam tempoh yang ditetapkan. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada tutor, Encik Serit Bayan kerana menyediakan tugasan ini supaya kami berpeluang untuk menanam sikap perpaduan dalam kalangan murid-murid di SMK Puchong Jaya B. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan yang banyak membantu saya secara langsung atau tidak langsung sepanjang proses merealisasikan tugasan ini berjalan.

 

        Sepanjang menyiapkan tugasan ini, halangan dan rintangan yang saya menghadapi ialah rancangan masa. Oleh sebab terlalu sibuk dengan tugasan di sekolah dan juga di rumah, saya menghadapi masalah dari segi menguruskan masa dengan betul. Untuk mengatasi masalah ini, saya telah membuat satu jadual harian di mana sayak akan memperuntukkan masa untuk membuat dan merancang tugasan tersebut.

​

        Objektif tugasan ini adalah bagi memupuk sifat kepimpinan dalam diri sendiri dan kalangan murid yang mempunyai kualiti kepercayaan dan keyakinan diri. Selain itu, saya telah memahami kepentingan perpaduan untuk mengekalkan keharmonian dan kesejahteraan antara pelajar yang berbilang kaum dengan berinteraksi secara terbuka. 

Persefahaman dan toleransi juga dapat dicapai dengan menjejaskan perpaduan seperti pergaduhan dan pertumpahan darah dapat dielakkan secara langsung. Kesannya, persefahaman antara kaum mampu menjadikan negara Malaysia menuju ke arah keamanan serta kemakmuran. Saya dapat memahami bahawa kepentingan sikap hormat-menghormati dan perpaduan dalam sesebuah kumpulan. 

​

         Tugasan yang diberi telah mengukuhkan lagi pengetahuan sedia ada saya tentang cabaran dan rintangan yang dihadapi oleh negara kita Malaysia dalam mengekalkan keharmonian dan perpaduan kaum. Saya juga menyedari betapa besarnya pengorbanan pemimpin-pemimpin negara kita dalam  merealisasikan Wawasan negara. 

 

         Sebagai seorang rakyat Malaysia yang prihatin, saya janji bertanggungjawab supaya berusaha mengekalkan keharmonian dan perpaduan negara. Tanpa kerjasama yang erat, sudah tentu rakyat Malaysia tidak akan dapat hidup dengan aman dan bersatu-padu. Ilmu yang saya perolehi sepanjang masa dalam Hubungan Etnik ini akan saya aplikasikan sebagai panduan dalam kehidupan.

Chan Joo Yuen

0330328

pasted image 0.png

         Pertama-tamanya saya amat bersyukur dengan peluang ini untuk melibatkan diri dalam program Hubungan etnik ini. Projek ini bukan sahaja semata-matanya untuk skor subjek saya, tetapi mengukuhkan lagi pengetahuan saya dalam usaha-usaha untuk mengekalkan hubungan erat antara rakyat Malaysia. Tidak boleh dinafikan berbagai-bagai masalah telah ditimpa sepanjang projek ini dilaksanakan, walaubagaimanapun dengan kegigihan dan kerjasama antara ahli-ahli kumpulan, berjayalah kami mencari jalan untuk menyiapkan program ini dengan murid dari SMK Bandar Puchong Jaya (B).

 

      Saya belajar berpasukan semasa pertandingan permainan. Pelajar perlu bekerjasama secara berlumpulan dengan bersungguh-sugguh untuk mencapai kemenangan dalam setiap permainan. Semua murid mesti bekerjasama dengan pasukan mereka. Ini amat penting semasa pertandingan kerana satu pihak yang tidak bekerjasama akan menyebabkan stesen permainan gagal. Saya juga belajar budaya kaum yang lain semasa melibatkan diri dengan pelajar dari SMK Bandar Puchong Jaya (B). Pelajar menghasilkan logo yang berkaitan dengan budaya mereka masing-masing. Mereka melukis mereka dengan pakaian traditional mereka. Saya juga belajar untuk menghormati budaya mereka.

 

       Di samping itu, saya juga memahami kepentingan perpaduan. Program ini memberi peluang kepada saya untuk lebih memahami kepentingan perpaduan semasa mengekalkan keharmonian dan kesejahteraan antara pelajar yang berbilang kaum. Dalam negara Malaysia yang mempunyai pelbagai kaum, perpaduan merupakan nilai yang tidak boleh dicuaikan. Saya juga mengongsikan pendapat-pendapat dengan pelajar semasa permainan sudah tamat. Semasa aktiviti permainan sedang dijalankan, nilai moral perpaduan diamalkan di kalangan pelajar.

 

         Saya juga menambahkan kefahaman saya mengenai konsep-konsep hubungan etnik. Keharmonian ini juga mestilah dikekalkan untuk melahirkan perasaan cintakan tanah air dan sanggup berkorban untuk Negara kita Malaysia. Semangat cintakan tanah air ini mestilah wujud dalam diri setiap kumpulan etnik di Negara kita bagi memastikan kesemua golongan etnik ini mempertahankan keselamatan Negara.

 

        Akhirnya, kita perlu memainkan peranan dalam memupuk perpaduan kaum supaya negara kekal dalam kemerdekaan. Semua rakyat Malaysia, terutama generasi muda, perlu menghayati konsep perpaduan di bawah 1Malaysia dengan setiap orang menerima keunikan orang lain supaya kita dapat hidup bersama dalam saling menghormati dan percaya. Ini kunci kepada negara yang aman dan kesejahteraan rakyat. Bangsa dan pembangunan negara tidak akan bermakna jika generasi muda tidak diserapkan dengan nilai-nilai yang sesuai untuk mengisi peranan warganegara dan kepemimpinan hari ini.

Gan Zhi Yie

0331785

WhatsApp Image 2019-06-27 at 10.17.13 AM

     Aktiviti kepimpinan ini amat memanfaatkan saya dalam menyemai nilai perpaduan berbilang etnik dalam sanubari saya. Terutamanya, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Encik Serit yang memberikan saya peluang untuk menjalankan aktiviti kepimpinan ini dengan kawan-kawan saya. Saya juga amat bersyukur atas segala bantuan dan sokongan yang diberikan daripada ahli kumpulan saya dalam menjalankan aktivti ini.

 

     Sebagai seorang ahli fotografi dan videografi, saya amat gembira dan berasa bangga kerana saya dapat mengambil gambar dan video sepanjang aktiviti ini. Setiap kali saya mengambil gambar dan video, saya telah merekod nilai-nilai perpaduan, saling bekerjasama, dan bersaing dengan kumpulan lain untuk memenangi pertandingan permainan. Saya dapat melihat semangat bagai aur dengan tebing dalam filem-filem ini dan telah memberikan impak kepada saya supaya mengimplementasikan sikap perpaduan dan saling membantu ini pada masa depan kereana perpaduan membawa muafakat. Walaupun keletihan yang dialami sepanjang ambilan video-video ini, saya dapat mengenagi titik-titik kegembiraan aktiviti ini. Oleh itu, saya amat bangga untuk menjadikan segala filem-filem ini sebagai satu penghargaan yang unik.

 

     Melalui aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan, saya bersa bersyukur kerana saya dapat berinteraksi dan berkomunikasi dengan murid-murid yang terdiri daripada berbilang etnik. Pada masa yang sama, saya dapat memahami adat istiadat dan resam mereka melalui tatacara kehidupan mereka, inilah dapat menanam sikap saling menghormati dan bertoleransi adat and cara kehidupan pelbagai etnik dalam sanubari saya. Selain itu, aktiviti ini juga membantu saya untuk menyelesaikan sebarang masalah yang dihadapi secara kumpulan yang berbilang kaum. Contohnya, saya dan ahli-ahli lain membantu menyelesaikan masalah konflik yang tertimbul antara kumpulan melalui sikap toleransi dan tolak-ansur.

 

     “Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing”, perpaduan berbilang etnik merupakan asas keteguhan dan kesejahteraan sesebuah Negara untuk mencapai kejayaan dan kemakmuran. Saya dapat mempraktikkan nilai-nilai bersatu-padu, saling menghormati dan memahami serta mengambil pengalaman ini sebagai panduan kehidupan saya pada kelak.

Yeo Shi Jie  

0330176

51715807_1388276714648446_89075534751481

Yong Ching Yung  

0330420

Menerusi program Hubungan Etnik ini, saya telah mempelajari kepentingan perpaduan dan nilai kerjasama antara satu sama lain. Sebagai ketua kumpulan, tanggungjawab saya adalah untuk mengetuai pelajar-pelajar dalam satu kumpulan dan melaksanakan aktiviti-aktiviti yang disediakan. Secara tidak langsung, saya berpeluang mengeratkan hubungan silaturahim dan ukhuwah antara pelajar tanpa mengira batas perkauman serta dapat bertukar pendapat dan pandangan. Sebagai satu kumpulan, kita perlu berusaha dan bekerjasama untuk melaksanakan setiap permainan. Dalam proses ini, saya sedar tentang kepentingan muafakat di antara pelbagai kaum bagi memupuk perpaduan di dalam kepelbagaian etnik di Malaysia.

 

Secara keseluruhannya, banyak yang saya telah ketahui mengenai Hubungan Etnik di Negara ini dan betapa pentingnya masyarakat di Negara ini menjaga dan menyuburkan keharmonian rakyat di Negara Malaysia kita. Oleh itu, rakyat Malaysia mesti terus memupuk keharmonian kaum integrasi dan perpaduan kerana ianya adalah antara asas-asas penting untuk kejayaan negara. Dalam proses mengetuai kumpulan, saya sedar bahawa keharmonian kaum harus dijaga dengan menghormati budaya dan agama setiap kaum. Saya juga faham bahawa Malaysia mempunyai pelbagai kaum dan penggunaan bahasa juga mesti dititikberatkan. Bahasa yang kesat dengan mengeji sesuatu kaum hanya akan mengundang kepada perbalahan dan perpecahan rakyat.

 

Jika kita lihat Rukun Negara adalah satu panduan bagi rakyat Malaysia untuk menghormati dan membina hubungan yang baik antara rakyat. Prinsip-prinsip yang dinyatakan haruslah dikekalkan dan sentiasa dipelihara. Kita sepatutnya mengamalkan sikap tidak boleh mengambil mudah kestabilan, keharmonian dan perpaduan yang kita capai setakat ini.

Tan Kar Fong

0330420

  Saya berasa bersyukur kerana saya telah berjaya menyempurnakan tugasan Hubungan Etnik ini dengan jayanya. Selepas menjalankan program yang amat bermakna ini, ia menyebabkan saya percaya akan slogan ‘Teamwork Makes The Dream Works’. Semasa menjalankan projek ini, kami selaku ahli jawatankuasa bersatu-padu menjayakan program ini dengan saling bantu-membatu antara satu sama lain. Tujuan kamu adalah untuk sampaikan mesej bersatu-padu kepada pelajar-pelajar di sekolah tersebut. 

 

  Selaku ketua kumpulan, saya amat syukur dan bangga kerana semua ahli kumpulan saya memberikan sepenuh semangat berjuang dalam sepanjang program ini. Ahli kumpulan memberikan dorongan sesama lain dan inilah yang semangat yang kita ingin tanamkan dalam jiwa kita. Semangat berpasukan yang tinggi dapat ditunjukkan dengan menjerit slogan kita di setiap stesen. Semua ahli kumpulan memberikan kerjasama yang sepenuhnya kepada saya dan langsung tidak ada perselisihan faham sepanjang program ini. 

 

  Akhirnya, kumpulan saya mendapat johan dalam permainan stesen dan mendapat hadiah yang lumayan. Situasi yang amat mengharukan saya ialah ahli kumpulan saya berkongsi hadiah-hadiah dengan semua pelajar yang menyertai program ini. Situasi ini dapat menunjukkan matlamat dan tujuan program ini telah dicapai dengan sempurna. Kebezaan bangsa, kaum, umur tidak dapat menghalang kita daripada bekerjasama ataupun saling bantu-membantu. Saya berharap pelajar-pelajar dapat megekalkan semangat yang positif ini dalam sepanjang hayat mereka. 

 

  Secara keseluruhannya, banyak yang saya telah ketahui mengenai Hubungan Etnik di

Negara ini dan betapa pentingnya masyarakat di Negara ini menjaga dan menyuburkan

keharmonian rakyat di Negara Malaysia kita. Oleh itu rakyat Malaysia mesti terus memupuk keharmonian kaum integrasi dan perpaduan kerana ianya adalah antara asas-asas penting untuk kejayaan negara. Keharmonian kaum harus dijaga setiap kaum harus menghormati budaya dan agama kaum lain. Rakyat Malaysia juga harus sedar bahawa Malaysia mempunyai pelbagai kaum dan penggunaan bahasa juga mesti dititikberatkan. Bahasa yang kesat dengan mengeji sesuatu kaum mengundang kepada perbalahan dan perpecahan rakyat.

Sim Wen Jin

0331341

Saya ingin mengucapkan terimah kasih kepada Encik Serit Bayan yang memberi peluang untuk mengadakan program hubugan entik ini. Saya telah ketahui mengenai Hubungan Etnik di Negara ini dan betapa pentingnya masyarakat di Negara ini menjaga dan menyuburkan keharmonian rakyat di Negara Malaysia kita. Oleh itu, rakyat Malaysia mesti terus memupuk keharmonian kaum integrasi dan perpaduan kerana ianya adalah antara asas-asas penting untuk kejayaan negara. Keharmonian kaum harus dijaga setiap kaum harus menghormati budaya dan agama kaum lain.

 

Dalam perjalanan aktiviti ini, saya dapati bahawa bahasa Melayu saya telah banyak mundur, dan beberapa kata dasar Melayu akan mengambil sedikit masa untuk mengatakannya. Oleh itu, saya sedar betapa pentingnya bahasa Melayu dan juga sedar bahasa Malaysia mempunyai pelbagai kaum dan penggunaan bahasa juga mesti dititikberatkan.

 

Dalam aktiviti ini, tugas saya adalah untuk menguruskan sebuah stesen permainan. Saya telah menikmati proses ini walaupun sesetengah pelajar tidak mematuhi peraturan dan berulang kali pelanggaran. Walau bagaimanapun, saya dapat melihat bahawa mereka juga menikmati permainan yang disediakan. Saya berahap permain stesen saya dapat memberi pengajaran kepada pelajar supaya juga bekerjasama dan tolong-menolong antara satu sama lain apabila menghadapi masalah. Pelajar juga diberikan peluang untuk menanam keupayaan tindak balas mereka terhadap sesuatu perkara atau masalah yang tidak boleh diramalkan.

 

Kesimpulannya, saya merasa bahawa tugasan ini banyak membantu saya dalam pelajaran ini kerana selain daripada memahami ini belia tanah air, saya belajar cara mengekalkan etnik hubungan dan menjaga dan nikmat keharmonian rakyat Malaysia.

Saya amat berterima kasih kepada semua pihak kerana berjaya menganjurkan program "Kami anak Malaysia". Ini adalah peluang yang sangat jarang berlaku.Saya telah belajar banyak perkara daripadanya. Ini sememangnya termasuk semangat patriotisme dan perpaduan pelbagai kumpulan etnik. Sudah tentu, komunikasi antara manusia juga sangat penting. Saya juga belajar bagaimana untuk menganjurkan acara. Dari meminta sekolah, proses acara, dan jadual perlulah dilakukan oleh diri kita sendiri. Ini telah menumbuhkan kemerdekaan dan keupayaan kita untuk melakukan sesuatu. Sebelum acara itu, saya bertanggungjawab untuk memberikan nasihat dan prosedur kepada kapten mengenai cara bermain permainan. Semasa acara itu, saya adalah ketua pasukan. Tugas saya adalah untuk membawa pasukan saya ke stesen permainan yang sepadan, dan pada masa yang sama memastikan keselamatan mereka. Dalam perjalanan permainan, tidak dapat dielakkan bahawa akan ada bifurkasi. Saya adalah ketua pasukan untuk menyelesaikan masalah ini dan memberikan nasihat terbaik. Saya belajar dari ini bahawa komunikasi antara manusia sangat penting dan bagaimana untuk membawa suasana dalam pasukan. Walaupun kumpulan saya tidak memenangi kejohanan pada akhirnya, semua orang berasa sangat gembira dan mendapat banyak pengetahuan baru. Selepas acara itu, saya bertanggungjawab untuk berkongsi maklumat mengenai patriotisme dalam talian. Saya telah banyak belajar tentang negara dan pengetahuan tentang perlumbaan itu lagi. Akhirnya, saya sangat berpeluang untuk mempelajari sesuatu yang saya tidak dapat belajar dalam kursus saya. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada guru saya kerana memberikan peluang seperti ini, dan juga mengucapkan terima kasih kepada pasukan atas usaha mereka. Akhirnya, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada sekolah kerana memberi kita peluang untuk mengadakan acara.

Ooi Zhi Hong

0331709

Terlebih dahulu saya ingin mengucap terima kasih terhadap Encik Serit Bayan yang memberi peluang untuk kami mengadakan program yang jarang kami akan lakukan. Saya telah mendapat banyak ilmu dan pengetahuan tentang hubungan etnik dalam negara kita dan masyarakat, tidak mengira apa-apa kaum.

 

Dalam program ini, tugasan saya adalah menjaga stesen “mencari guli dalam ais”.

Saya telah menjumpai pelbagai tolong-menolong dan kerjasama dalam sekalian murid yang saya tidak pernah menjumpai selepas saya graduan dari sekolah menengah. Dalam stesen saya, murid-murid akan menggunakan tangan untuk mencari guli yang kecil dalam ais baldi. Kelihatan seperti misi yang mustahil tetapi mereka telah menahan kesejukan ais dan bekerjasama untuk melengkapkan stesen. Walaupun mereka dari latar belakang, warna kulit dan kaum yang berbeza, tapi mereka sokong satu sama lain untuk menyelesaikan stesen-stesen dengan bersemangat.

 

Konklusinya, saya ingin mengucap terima kasih kepada ahli kumpulan saya yang bekerjayasama untuk menjalankan program ini dengan lancar. Tanpa setiap ahli, program ini tidak akan berjaya.

Lee Hue Chi 

0330185

Sepanjang menyiapkan tugasan subjek ini saya telah banyak menerima pengalaman baru sama ada secara langsung atau tidak langsung. Tidak kurang juga cabaran dan dugaan yang saya terima sepanjang menyiapkan tugasan ini. Namun berbekalkan semangat kecekalan saya tempuhi segalanya dengan tenang dan sabar.Selain daripada itu ia juga mengajar kita betapa pentingnya mengamalkan sikap perpaduan sesama kaum. Perpaduan yang utuh akan menjamin kesejahteraan hidupdan menjadikan sesebuah negara itu membangun dengan pesatnya.

 

Konsep ‘Kami anak Malaysia’ membawa aspirasi untuk memperkukuhkan hubungan kaum bagi memastikan rakyat Malaysia dapat menjalin perpaduan yang lebih erat sebagaimana yang digariskan dalam prinsip Rukun Negara.Perkara yang perlu diwujudkan dalam semangat perpaduan adalah perasaan hormat menghormati dan sikap saling mempercayai antara kaum.Rakyat perlu memahami dan mengamalkan bahawa segala tindakan perlulah mengutamakan kepentingan negara.Semua kaum perlu menganggap bahawa mereka adalah bangsa Malaysia di mana segalanya perlu dinikmati secara bersama. Malaysia adalah negara kita di mana tidak ada masyarakat atau kaum yang akan dipinggirkan daripada menikmati pembangunan dan pembelaan daripada kerajaan. Nilai-nilai murni ini diharap dapat menyatu padukan rakyat Malaysia dengan fikiran dan tindakan yang menjurus kepada satu matlamat iaitu untuk negara

Goh Wan heng

0331230

Sepanjang kempen kepimpinan ini dijalankan, saya telah mendapatkan banyak pengetahuan secara aktif dan pasif semuanya melibatkan budaya kepelbagaian yang kita tinggal di kalangan. Salah satu pengajaran utama yang saya pelajari adalah ketika kita bersatu padu kami dapat menaklukkan semua halangan seperti dalam kempen kepimpinan ini, kita menghadapi sebarang cabaran dalam setiap fasa. Tetapi sebagai satu pasukan kita menyelesaikannya satu demi satu dengan pemberian penghormatan dan kefahaman antara satu sama lain.

 

Selain itu, tema utama kempen ini adalah perpaduan dan keharmonian di kalangan masyarakat yang berbilang kaum dan membolehkan saya mempraktikkan pengajaran ini sepanjang kempen dengan menghubungkan pelajar semua dari pelbagai kaum dan latar belakang. Untuk memahami dan menghormati antara satu sama lain walaupun kita tidak rapat.

 

Lebih jauh lagi, melalui pengalaman ini menjadi pemimpin stesen permainan telah membawa saya bersyukur dan menikmati masa saya bila berinteraksi dan menyokong semua peserta sepanjang setiap pusingan permainan. Menonton mereka mengharmonikan bersama membawa kegembiraan kepada saya sebagai permainan mudah dapat mengikat orang bersama dan membentuk perpaduan antara mereka. Saya juga belajar dari mereka bahawa saling menghormati dan memahami mereka untuk semua orang dan ini telah memberi saya inspirasi untuk menjalani hidup saya seperti itu.

 

Secara keseluruhannya, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Encik Serit Bayan kerana menyediakan batu loncatan ini untuk meneroka lebih lanjut yang tidak diketahui. Meledak kami ke persekitaran pelbagai budaya dan belajar pelajaran yang bermanfaat sepanjang jalan. Tidak terkecuali saya ingin juga mengucapkan terima kasih kepada rakan saya yang menakjubkan kerana mereka menghormati dan menyokong saya melalui keseluruhan tugasan.

Ryan Lai Yew Jin

0330193

Taniah semua, kita dah berjaya menamatkan program Kami Anak Malaysia ini! Syabas!

 

Memang tak senang untuk mengadakan aktiviti yang begitu penuh dengan cabaran. Juga sebagai seorang ketua kumpulan, ini juga memberikan cabaran kepada saya untuk mengawasi setiap 14 orang ahli kumpulan. Namun begitu, anda semua masih memberikan keyakinan kepada saya, sering mengeluarkan pendapat-pendapat yang bagus dengan aktif. Hal ini telah memberitahukan saya bahawa bukan hanya saya seseorang untuk merancangkan program ini, malah kewujudan kamu semua juga memberikan sokongan yang amat besar kepada saya untuk menjayakan program tersebut.

 

 Saya juga amat bersyukur bahawa prestasi yang ditunjukkan oleh setiap ahli kumpulan semasa program tersebut dijalankan. Kamu semua memang mengawal segala peraturan dengan efisien dan saling menunjukkan sikap kerjasama dan bantu-membantu kepada sesiapa yang memerlukan. Ini telah menunjukkan kekuatan kumpulan kita yang amat begitu kecekapan.

 

Saya berasa sangat bangga untuk menjadi ketua kumpulan untuk kumpulan yang sangat hebat dan kuat ini. Saya berharap agar supaya dapat diberikan peluang untuk menjadikan sebuah kumpulan dengan kamu semua lagi pada masa depan.

 

Akhirnya, Kita amat berterima kasih kepada semua pelajar-pelajar, serta guru-guru yang ingin meluangkan masa untuk menyertai Program Kami Anak Malaysia ini. Program ini ditamatkan dengan lancar tanpa berlakunya masalah. Hal ini disebabkan oleh kerjasama dan tangguangjawab oleh setiap peserta yang menjayakan program ini.

Nampak semua budak-budak bermain dengan begitu gembira, kita pun gembira! Kita juga tidak pernah memikirkan bahawa semua pelajar amat menikmati dalam program tersebut, hal ini memang membanggakan kita sebab inilah tujuan dan matlamat yang kita perlu capaikan dalam program ini.

 

Kita berharap agar program ini dapat menginsafkan setiap pelajar agar mereka lebih bijak dan rasional untuk menyelesaikan isu-isu dan masalah yang sering berlaku dalam kehidupan kita.

Lew Kok Sun

0330247

Menerusi modul Hubungan Etnik ini, saya telah mempelajari kepentingan perpaduan dan nilai kerjasama antara satu sama lain. Sebagai ketua Kumpulan 4, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada kumpulan saya kerana mereka menjalankan aktiviti hari itu sebagai satu kumpulan, terutamanya menghasilkan poster logo and slogan yang amat cantik. Walaupun kumpulan kami tidak memenangi hadiah, saya berasa amat bangga dan gembira kerana mereka mengekalkan semangat yang tidak berputus asa and positif semasa menjalankan aktiviti. Namun, kami telah belajar untuk mempunyai semangat kerjasama and perpaduan, tidak kira bangsa. Hari itu telah membawa pengalaman yang hebat kepada saya dalam memimpin mereka dalam permainan stesen. Saya benar-benar menikmati setiap saat dengan mereka, dan ini telah memberi saya rasa nostalgia sekolah menengah. Akhirnya, saya tikan akan lupa slogan kumpulan kami, "Warna berbeza, saling bersama", tidak kira apa halangan dan cabaran yang ternanti-nanti, semoga berjaya dalam pelajaran and masa depan mereka.

 

Secara keseluruhannya, banyak yang saya telah ketahui mengenai Hubungan Etnik di Negara ini dan betapa pentingnya masyarakat di Negara ini menjaga dan menyuburkan keharmonian rakyat di Negara Malaysia kita. Oleh itu, rakyat Malaysia mesti terus memupuk keharmonian kaum integrasi dan perpaduan kerana ianya adalah antara asas-asas penting untuk kejayaan negara. Dalam proses mengetuai kumpulan, saya sedar bahawa keharmonian kaum harus dijaga dengan menghormati budaya dan agama setiap kaum. Saya juga faham bahawa Malaysia mempunyai pelbagai kaum dan penggunaan bahasa juga mesti dititikberatkan. Bahasa yang kesat dengan mengeji sesuatu kaum hanya akan mengundang kepada perbalahan dan perpecahan rakyat.

Ng Chee Swean

0327974

bottom of page